Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa blog rasmi untuk recruitment peserta "Kem Mistik Tok Mat GB (Siri 1/2) - Sarawak" telah selamat diwujudkan. Oleh itu bagi sesiapa yang sudah mengikuti blog utama Tok Mat GB di "http://geligabunian.blogspot.com/" sepatutnya sudah tahu akan aktiviti Kem Mistik yang telah diadakan beberapa kali di seluruh Malaysia.
(bagi yang belum tahu jangan segan silu nak semak balik link-link lama pada blog utama...)
Oleh itu, tanpa berlengah-lengah lagi, saya dengan gembiranya ingin menyampaikan berita kita akan mengadakan "Kem Mistik Tok Mat GB (Siri 1/2) - Sarawak" dan mulai hari ini, kita akan memulakan recruitment para peserta dari segenap negeri Sarawak (dan bagi yang berminat - dari Sabah, Semenanjung dan Brunei Darussalam).
Syarat yang ditetapkan oleh Tok Mat GB ialah untuk mengadakan "Kem Mistik Tok Mat GB (Siri 1/2) - Sarawak", kita memerlukan jumlah penyertaan sekurang-kurangnya sebanyak 20 orang untuk boleh proceed. Oleh itu, sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya di nombor yang akan diberikan, dan sila sms nama-nama peserta yang akan menghadiri kem ini.
Bagi tempat untuk "Kem Mistik Tok Mat GB (Siri 1/2) - Sarawak" - cadangan yang sedang dipertimbangkan ialah di kawasan Kampung/Resort Santubong, Gunung Gading ataupun Kem Permai, Santubong.
(by the way, kami masih menerima cadangan untuk tapak kem...)
Bagi kos penyertaan, harganya akan diberitahu selewat-lewatnya sebulan dari tarikh kem kerana pihak kami sedang mengkaji kadar tempat penginapan dan kos makan minum para peserta nanti. Namun kadarnya dijangka dalam jumlah RM200~RM300 seorang (mungkin kurang dari RM200 jika peserta ramai).
Tarikh yang dicadangkan untuk mengadakan kem ialah pada bulan Februari 2014 ataupun Mac 2014.
(Dengan nasihat Tok Mat, memandangkan kem ini merupakan kem yang terakhir, kita akan lanjutkan tempoh pendaftaran dan akan mengadakan kem ini pada bulan May 2014).
Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh berhubung terus dengan Pengurus Kem, Encik Khairul (016-8164790) ataupun Encik Osman Kabilah (0112 - 207 1771). Senarai nama bagi sesiapa yang telah mendaftar akan dikemaskini setiap kali kami menerima pendaftaran baru.
(anda boleh menghantar nama dahulu, kerana kos penyertaan belum ditentukan...)
Harap Maklum.